Pages

Tuesday, January 8, 2013

new semester



alhamdulillah semua registration dah selesai. kolej & fakulti. all done!

alhamdulillah sangat2 dapat kolej. ramai friends in my courses xdapat kolej for this semester. because problems with coupon. that we need to collect for every sem for us to get college. so to get the college we all need at least 15 coupons. feel pity for them because langsung xleh buat rayuan. and we heard that for next semester whole students from professional courses wont get any college! wont uguys think they are cruel???we gonna fight for it. for the time being sgt2 bersyukur dapat kolej. 
my roomates are nusaibah (all the time with her) haha , khairina, atikah hanna, aini syahirah & kak asiah..best jugak bilik kami dapat ni because it freezingggg haha no lah just terlindung matahari..

daftar fakulti..i'm taking p1 & p2. insyaALLAH if i pass my exam for last sem. 8th feb come out!!
but now i'm in dilemma whether to take p3 or just taking OBU right after pass f9.. hopefully i'll pass my exam. i really want to end my studies this 2013. really really badly.. SO i made a plan if i pass all papers i will taking P1, P2 & OBU. and for next sem i will taking p3 and other 2 optional paper. insyaALLAH please pray may ALLAH ease my way. 

now tgah tggu duit dari MARA. please doakan cepat sikit dapt duit. really need money. banyak sgttttt benda nk bayar...:( hopefullly dpt cepat bcoz MARA says that they already posted the cheque to uitm. no have to wait uitm to process the cheque and i dont when will i get the cheque. some friends told that usually we have to wait another month to get the cheque. :( lambatnyaaa!!!



Sunday, December 16, 2012

break time


sudah seminggu aku bercuti. dan sudah seminggu juga aku baru selesai final.

alhamdulillah walau aku amek 3 paper berderet utk sem ni aku xde rasa xcukup tido xcukup makan. alhamdulillah semuanya teratur cuma gelabah gelabah nak amek exam rasa xyakin boleh jawab itu biasa. iyalah mana taknya belajar time study week jer itupon ada curi2 masa study week pergi tengok bola lah ada wedding lah balik melaka la tapi apa apa pun aku berserah pada ALLAH. mudah mudahan lulus walaupun xyakin boleh jawab exam aritu. doakan ye!

seminggu bercuti. xde apa apa yang best pon bila start cuti. sebab aku hanya memerap dirumah. tolong2 kemas rumah dah jadi tanggungjawab wajib bila cuti bermula. lagipon pulus tiada. so takde apa yg aku boleh buat. duduk diam2 jelah tunggu masuk sem baru. and aku pon tak suka kuar lepak2 sgt if nak melepak aku akan pergi dengan family. mmg susah lah nak kuar dengan kawan n lagipon xramai kawan yg duduk di melaka dorang pon cuti lain lain.

so boring post kali ni but tetap nak post. hee.

Tuesday, December 11, 2012

Anjakanparadigma

Theres a lot i need to improvise. I have so many lacking.. I need a guidance..

Sunday, November 11, 2012

malas


SEMAKIN HARI SEMAKIN PEMALAS. :(

awesome weekend maybe?


Assalamualaikum xjwb dosa kalu jawab sayanggg.. Assalamualaikum semuaaa..
(okay i just love maria elena's tagline. Cool meh.)

Untuk pertama dan julung julung kali untuk semester ini hujung minggu ni aku xbalik melaka! What a suprisee! :0

So i spent my quality time here for studyyyyy.. Naaa ahhhh not at all.. Study ke? Haha study jugak okay!! :p
I'm Hangap hangap (hang out) sebut laju2 jadilah hangap. Bukan sangap.

Firstly p the gardens nak p tgok 4D. Gottt freee tickets! Hoyeah hoyeah.
It tooks about 5minutes for one ride.
Sooo kterg just parking utk 15mins campur sesat xtaw floor mana 4D tu. Semata okay semata. 
A bit pasal 4D okaylah not bad. Jerit2 jugak. Sbb ktrg naik roller coaster. Cam real roller coaster la. Tunggak terbalik ktrg jadinya. But cant beat USS punya laaa.. For every one ride rm20 per person. Dekat 3rd floor the gardens. Nama dia x rider. So p lah try..:)


After that ktrg trus rush to OU. Nk p makang makang ala ala korea. Mana lagi seoul garden lah! Sampai byr2 jer trus berdesutttt aku p amek makanan. Lapar kottt dr pg xmkn. Ada la dlm 3 4 round aku mkn. Hehehehehe. Nak cukup kn rm28. Kena mkn puas puas kalu tak rugilaaaa weeyy. So mmg xrugi kalu sesiapa nk blnje buffet tuk aku. Hewhew. o.O so lepas makan balik seroja then tgok ASK2012 yg tettttt membosankan. Pffftttt


Keesokan hari iaitu pada tarikh yg cukup indah dan cantik. (10.11.12)


Terjaga dari tidur sbb budak2 tadika duk nyanyi nyanyi lagu. (tregat zaman tadika punya lagu so ternyanyi juga) tapiii Kuat gila la suara .. aku rasa dy pakai yg speaker utk azan tu. Tu yg dengar satu shah alam tu. 
Da spoilt mood study dah ni. (alasan) puiii..

Typical students bangun bangun tido check twitter dulu. So scroll scroll sume dok tweet/retweet pasal ISTANBUL AKU DATANG. Hehehehehe so da spoilt mood kan. 
Trus pandang roomates 'jom p tgok istanbul'



So conclusion nya aku p tgok istanbul aku datang kat setia city mall. Dan makan dekat my favourite restaurant SUSHI KING. 10.11.12 really made my day laaa. :)



P/s : wajib p tgok istanbul aku datang. Fall in love dengan beto. Lisa cuteeee gilaaaa!



Okay thats it for today. Have a nice dayy readers. :)


Wednesday, November 7, 2012

Super frickinnnn taryaaaarddd month

Hello everybodyyyyyyyyy! :)
(with exciteddd reaction!)


like maria elena said:
Assalamualaikum tak jawab dosa kalu jawab sayang.... So assalamualaikum semuuaaaaaa!!!

Haha Almost 6months not updating any story here.. Such a long perioddd huh..And now i misssssssss to write something here. Theres alot to share but limited time & i'm posting using iphone. So only little little thing can share no worries will update more stories later...
(haha cakap mcm ada je yg nk baca blog kau ni) whatevaaaa~~~~ huhu

NOVEMBER?!!

Scary month . Tired month.
Whyyyyyyyy???!!!!

I'm so freakin tired sobabnyaaaaa kena ulang alik shah alam - masjid jamek utk 7ari! I'm having an IRC there. At night. 6.15 - 9.45 pm. Dengan weather yg hujan manjangggg ni xmenentu. Kena naik public transport sgala bagai. Nampak x penat dia?? Ohhh forgot! IRC tu intensive revision class. Its like a tuition lorh. Weird rite? Blaja universiti but ada tuition. Yeahhh my course is weird. Me also cant explain better what is ACCA actually about to others. So If u dont know just ask MR. GOOGLE to answer okay!

One more thing. It just about only 28days countdown to FINAL EXAM! maaaaaaa T.T can i survive? Can i do it? Every sem will have same feeling. But have guts that i cannnnn do it yeahh u cannn nabila u cannn!

Please pray for my success those read my post. Thank you.

Okay lah enough for today. Got class at 10am tomorrow and have to go IRC again. Have a good day readers! ^.^

Sunday, June 17, 2012

 
 
 
Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Kisah Israk Mikraj

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)

p/s : Israk mikraj berlaku pada 27 Rejab dan merupakan bukti kukuh kehidupan. 
Disunatkan berpuasa pada hari tersebut. jom sama sama kita berpuasa..:)